fb fb fb fb fb

Ruang udara Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan dibuka semula

Bendera Iran

KUALA LUMPUR, 16 April- Kerajaan Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan mengumukan perbukaan semula ruang udara dan penyambungan operasi penerbangan di negara masing-masing.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan di negara tersebut selain menjangkakan kelewatan penerbangan.

"Adalah dijangkakan terdapat kemungkinan kelewatan penerbangan apabila operasi penerbangan disambung semula secara berperingkat dan disesuaikan dengan protokol baharu," katanya.

Sementara itu pengembara dari Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan ganguan jadual penerbangan dan disarankan untuk merancang perjalanan sebaiknya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI