KUALA LUMPUR, 4 Mei - Kejayaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berada di kedudukan 30 terbaik dalam Triton Digital's Global Streaming Rankers bagi Mac 2025, amat membanggakan.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan, ia sesuatu yang bukan mudah dicapai, namun RTM berhasil membuktikan kemampuannya untuk bergerak seiring kemajuan digital masa kini.
"Pencapaian ini menunjukkan bahawa RTM mampu untuk terus berubah, berinovasi dan menjadi lebih kreatif meskipun ia merupakan stesen penyiaran nasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Penulisan Cerpen Bahasa Tamil 2025 di Angkasapuri Kota Media, ibu negara.
Beliau turut memuji inisiatif digital yang dilaksana Jabatan Penyiaran itu termasuk platform penstriman RTMKlik.
Ia menawarkan akses kepada 36 stesen radio termasuk dua secara dalam talian, selain enam saluran televisyen percuma.
Rakyat diseru memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan secara percuma itu.