fb fb fb fb fb

RTM anjur Karnival Sunnah di tiga negeri pantai timur

Pengarah Penyiaran Negeri Pahang, Arifin Awang

KUALA LUMPUR, 19 April- Buat julung kali, Radio Televisyen Malaysia (RTM) zon Timur menganjurkan Karnival Sunnah di tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Menurut Pengarah Penyiaran Negeri Pahang, Arifin Awang seramai 100,000 pengunjung disasarkan selama lima hari karnival bermula 24 April hingga 28 April ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, antaranya pertandingan kraf, seminar pengurusan harta, jualan makan sunnah dan banyak lagi.

"Kita harap melalui karnival ini ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dan juga media rasmi kerajaan iaitu RTM terutama bagi zon timur yang melibatkan RTM Terengganu, Kelantan dan juga Pahang dan kita mengharapkan ada kesedaran pada pengunjung berkenaan ilmu Islam,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemu bual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE