fb fb fb fb fb

RTB Kedah beri manfaat kepada penduduk Alor Setar dan Jitra

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / FOTO RTM

ALOR SETAR, 15 Januari- 63,000 penduduk di Alor Setar dan Jitra bakal menikmati manfaat menerusi Projek Rancangan Tebatan Banjir RTB Sungai Kedah/Anak Bukit yang dijangka siap pada 9 September tahun ini.

Ia sekaligus membantu menyelesaikan masalah banjir dihadapi sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemajuan semasa fiskal projek berkenaan sehingga semalam mencapai 78.13 peratus.

"Kemajuan semasa fizikal projek adalah 78.13 peratus dengan baki kerja utama yang masih dalam perlaksanaan melibatkan pembinaan dua jambatan iaitu Jalan Alor Setar-Kangar dan Jalan Gunung Keriang," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan jambatan JKR di Jalan Alor Setar-Kangar.

Tambah Saifuddin, projek itu dianggap signifikan bagi memelihara 9,000 hektar kawasan sawah padi di laluan Jitra ke Alor Setar dari risiko ditenggelami banjir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD