fb fb fb fb fb

Rotan kering dirampas, nilai lebih RM70,000

Foto Tentera Darat Malaysia

LUBOK ANTU, 14 April- Sebuah lori yang membawa rotan kering seberat 5,840 kilogram dengan nilai RM78,840 dirampas Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

Menurut Markas Pemerintahan Timur Tentera Darat Kem Muara Tuang, lori berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan ketika pemeriksaan dibuat di 'Pondok John', Lubok Antu, kira-kira 800 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

"Enam warganegara Malaysia berumur antara 25 hingga 78 tahun turut ditahan.

"Kesemua rampasan termasuk lori berkenaan dan juga sebuah kenderaan pacuan empat roda; dianggarkan bernilai RM283,840.

"Laporan polis telah dibuat dan kesemua barangan rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Tentera Darat akan terus komited dalam memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia.

Ia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM