RoS gantung semua aktiviti PN

Foto RTM

PUTRAJAYA, 24 September – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa semalam (23 September), di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

RINGKASAN BERITA AI
  • RoS keluarkan notis di bawah subseksyen 13(2) pada 22 September, memberi masa munasabah untuk PN menjelaskan aduan Bersatu.
  • RoS menegaskan penggantungan bukan pembatalan pendaftaran; langkah ini untuk menjaga kepentingan pertubuhan dan mencegah pelanggaran peraturan dalaman.
  • RoS menyeru rujuk maklumat rasmi, elak spekulasi; aduan Bersatu mengenai ketidakhadiran Mesyuarat Majlis Tertinggi dan status keanggotaan.

RoS dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu susulan notis di bawah subseksyen 13(2) Akta berkenaan bertarikh 22 September, yang memberi tempoh munasabah kepada PN untuk memberikan penjelasan berhubung aduan yang dilaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Notis berkenaan bukan keputusan pembatalan pendaftaran PN. Perintah penggantungan itu bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya,” jelas RoS.

RoS turut menyeru semua pihak merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan jabatan itu dan mengelakkan spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.

Pada 11 Ogos, RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu berhubung dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.

Jabatan itu memaklumkan aduan berkenaan turut menyentuh isu berkaitan kedudukan keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.