fb fb fb fb fb

RM8.24 juta diperuntuk bagi program basmi miskin tegas kaum India

PUTRAJAYA, 20 September- Sebanyak RM8.24 juta diperuntukkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi melaksanakan Program Pembasmian Miskin Tegar untuk Ahli Isi Rumah (AIR) berbangsa India.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPKK), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, ia akan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun ini.

"Untuk pelaksanaan fasa pertama tahun 2023, tumpuan akan diberikan kepada masyarakat India miskin tegar di Wilayah Persekutuan.

"Seramai 1,800 ahli isi rumah yang telah dikenal pasti melalui sistem ekasih (dengan) pendapatan per kapita mereka adalah kurang daripada RM339.

"Pendapatan per kapita tersebut perlu ditingkatkan bagi membantu ahli isi rumah keluar daripada kategori miskin tegar," katanya pada sidang media di sini.

Ramanan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan program terbabit secara lebih terperinci.

Usaha tersebut selaras dengan hasrat Anwar untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun ini.

Sementara itu, sebanyak RM100 juta dana diperuntuk kepada MITRA tahun ini sudah dimanfaat sepenuhnya meliputi pelbagai program yang sudah, sedang dan akan dilaksana.

"Berdasarkan perancangan program yang diumumkan sebelum ini, saya ingin memaklumkan RM100 juta dana MITRA sudah dimanfaatkan sepenuhnya bagi tahun 2023.

"Ini pencapaian yang amat baik berbanding tahun sebelum ini kerana pada tahun lalu, hanya 63 peratus peruntukan digunakan, 2021 (73 peratus) dan 2020 (63 peratus)," katanya.

Pengagihan dana terbabit merangkumi program seperti subsidi bantuan pengajian ijazah sarjana muda, subsidi pendidikan awal tadika swasta, subsidi dialisis dan program pembangunan sosioekonomi bersasar dengan kerjasama 72 pusat khidmat wakil rakyat.

(Ramanan Ramakrishnan)

Media Baharu