fb fb fb fb fb

RM600 juta peruntukan persiapan hadapi bencana, musibah

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menerima RM600 juta tahun hadapan sebagai persiapan mendepani musibah banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu termasuk lebih RM300 juta untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa sahaja.

"Kita menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. Sebagai langkah segera, saya telah arahkan penyaluran segera RM150 juta kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan.

"Pada masa yang sama pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor," katanya menerusi ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut rangkuman penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas dengan musibah dan bencana:

  • Kerajaan menyediakan RM20 juta geran padanan untuk Yayasan GLIC dan GLC bagi memperhebat bantuan kepada mangsa banjir.
  • Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk pembersihan dan naik taraf longkang, dengan perolehan RM1 juta melalui kontraktor G1-G3.
  • Kerajaan menyiapkan 8 projek RTB bernilai RM540 juta, manakala 12 projek lain bernilai RM3 bilion sedang berjalan mengikut jadual.
  • Lebih RM250 juta diperuntukkan untuk membaiki cerun, RM21 juta untuk tanah jerlus.
  • RM10 juta untuk kajian geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

GRACE AISYAH KEDAYAN