fb fb fb fb fb

RM480,000 untuk jayakan Program Rahmah Ramadan MAIWP

Foto: FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM480,000 untuk Program Rahmah Ramadan MAIWP: Majlis Sumbangan Kepada Pesakit Dan Petugas Barisan Hadapan, di sini, hari ini.

Ia bagi melaksanakan amanah pembayar zakat dan tanda keprihatinan MAIWP membantu mereka yang ditimpa musibah penyakit dalam meraikan Ramadan.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata sumbangan wang tunai berjumlah RM150 akan diberi kepada 1,500 pesakit dewasa dan kanak-kanak membabitkan peruntukan sebanyak RM225,000 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah.

Beliau berkata sejumlah RM255,000 juga diperuntukkan untuk sumbangan 17,000 Pek Makanan Ramadan kepada petugas barisan hadapan seperti Petugas Sektor Perubatan melalui Yayasan Kaseh Kanser Dan Kronik (YKKK).

"Saya ingin ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan dan usaha murni pegawai perubatan dan kakitangan terus berkhidmat demi menyelamatkan nyawa orang lain.

"Diharapkan sumbangan ini juga dapat meringankan beban pesakit dan keluarga dalam menghadapi ujian kesihatan terutama ketika bulan Ramadan," katanya.

Sementara itu, Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan berkata, inisiatif penganjuran majlis ini akan memberi makna besar kepada pesakit serta suntikan motivasi kepada petugas kesihatan.

"Ia jelas menunjukkan keprihatinan MAIWP terhadap usaha membantu dan meringankan beban masyarakat yang memerlukan," katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI