fb fb fb fb fb

RM32.04 peruntukan bagi urus bantuan penduduk terjejas banjir - JKM

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan sebanyak RM32.04 juta bagi menguruskan persiapan penuh dalam memberi bantuan kepada penduduk terjejas banjir..

Kesiapsiagaan JKM termasuk dalam mengenal pasti pembekal makanan berdaftar serta tempat sesuai bagi mendirikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa bencana.


(Ketua Pengarah JKM, Datuk Shaharudin Abu Sohot ketika ditemubual pemberita di Angkasapuri, hari ini)

Persiapan awal menyediakan keperluan asas itu dilaksanakan agar bekalan mangsa banjir mencukupi dan berada dalam keadaan baik.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Shaharudin Abu Sohot berkata perkhidmatan bantuan kepada mangsa banjir dijalankan dengan serta merta ke PPS bagi memastikan keselesaan mereka terjamin.

"Mereka berpindah ke PPS kita terus bagi bantuan kepada mereka macam yang saya sebutkan tadi, keperluan asas dan juga makan dan minum sekiranya ada keperluan mendesak, mereka-mereka yang terperangkap dan tidak dapat keluar mendapatkan makanan, kita juga berkerjasama dengan agensi-agensi yang lain seperti Angkatan Pertahanan Awam, anggota bomba dan penyelamat untuk menghantar bekalan-bekalan kepada mereka-mereka yang terkandas,"katanya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri.

Di samping itu, pihak JKM juga menyediakan perkhidmatan psikologi kepada mangsa yang terkesan akibat bencana banjir serta melaksanakan program khas untuk kanak-kanak yang berada di PPS.

Media Baharu