fb fb fb fb fb

RM2 bilion diperuntukan KPM berbanding tahun lalu - PM

(Datuk Seri Anwar (dua, kanan) semasa sidang media pada majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan
MADANI, Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia Peringkat Parlimen Tangga Batu/BERNAMA)

TANJUNG MINYAK, 16 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion kepada Kementerian Pendidikan berbanding tahun lalu.

Jelasnya, tumpuan sekolah daif dan pemberian kemudahan asas seperti komputer akan diuruskan oleh kerajaan.

"Sementara itu kita akan usahakan supaya kedudukan ekonomi lebih mantap hasil bertambah dan saya telah umumkan keutamaan adalah untuk penjawat awam guru termasuk polis dan tentera kerana kita sedar elaun gaji mereka tidak mencukupi sepatutnya kita beri layanan lebih baik," kata Anwar kepada pemberita selepas Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Masyarakat Bersama Polis di sini

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

(Datuk Seri Anwar bersalaman dengan orang ramai sebelum meninggalkan majlis Sambutan
Aidilfitri Perpaduan MADANI, Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia/BERNAMA)

 

 

Media Baharu