fb fb fb fb fb

Lebih RM150,000, nilai rampasan diesel subsidi

(Lori diubah suai bagi tujuan penyelewengan diesel)

LAHAT, 19 November- Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menerusi serbuan premis di kawasan Perindustrian Rima, Lahat.

Nilai rampasan berjumlah lebih RM150,000.

Menurut Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman, pemeriksaan yang dijalankan menjumpai dua tangki masing-masing mengandungi 15,000 liter dan 500 liter cecair diesel.

Sebuah lori turut dijumpai dengan tangkinya diubah suai mengandungi 50 liter diesel.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

(Diesel bersubsidi dirampas KPDNHEP Perak dan PDRM)

Media Baharu