fb fb fb fb fb

RM1 juta atasi masalah tanah mendap di Bandar Baru Uda

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 23 Mac-Kerajaan Johor menerusi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menyalurkan RM 1 juta bagi kerja-kerja kritikal berikutan insiden tanah mendap di Pangsapuri Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ia bagi menampung kerja-kerja awalan seperti pembinaan tembok parit dan jalan serta penanaman cerucuk keping kekal di pangsapuri terbabit. 

Selain itu, turut dilaksanakan adalah pengukuhan tebing dengan penanaman cerucuk bakau dan pembinaan semula tembok penahan parit utama.

Katanya, kerja-kerja awalan dijadualkan bermula hari ini, termasuk langkah-langkah mitigasi bagi mengelakkan risiko lebih besar kepada penduduk.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD