fb fb fb fb fb

'RIUH NAU!' medium tingkat pendapatan penggiat industri kreatif

BANDA HILIR, 6 Ogos- Program Kembara Riuh Keluarga Malaysia edisi ke-3: 'RIUH NAU!' anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) merupakan medium untuk meningkatkan pendapatan penggiat industri kreatif.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 20 peratus dengan anggaran RM31 bilion menjelang tahun 2025.

Jelas beliau, pelbagai program berkaitan sedang dirangka bagi mencapai hasrat tersebut.

"K-KOMM mengambil suatu inisiatif bukan sahaja untuk menghidupkan kegiatan industri kreatif di Kuala Lumpur, tetapi membawa dalam satu siri jelajah dari negeri ke negeri bagi membolehkan kita memberi peluang serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri kreatif menerusi pelbagai bidang yang ada di setiap negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kembara Riuh Keluarga Malaysia Edisi ke-3: 'RIUH NAU!' di Dataran Pahlawan, di sini.

(Tan Sri Annuar Musa bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyempurnakan acara perasmian
Kembara Riuh Keluarga Malaysia edisi ke-3: "RIUH NAU!" di Dataran Pahlawan, di sini.

'RIUH NAU!' yang menghimpunkan usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan dijangka mampu mewujudkan sekurang-kurangnya 7,000 peluang pekerjaan di 14 lokasi di seluruh negara selain menyokong lebih 5,000 perniagaan tempatan.


Media Baharu