
KUALA LUMPUR, 25 Februari- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri serta Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 11.00 malam ini.
- Amaran cuaca buruk meliputi hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri hingga 11 malam ini.
- Perak, Pahang dan Selangor disenaraikan antara kawasan terjejas dengan daerah-daerah khusus diberitahu supaya berjaga-jaga.
- Sarawak dan Sabah juga mengalami kesan meluas termasuk beberapa bahagian bandar dan pedalaman, orang ramai dinasihatkan berwaspada.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Perak khususnya kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang meliputi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong, manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Sibu (Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang, serta di Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.