fb fb fb fb fb

Ribut Nesat dijangka capai ke tahap taufan malam ini - Met Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China dijangka akan meningkat ke tahap taufan malam ini. 

Sehubungan ramalan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022.

Pada 15 Oktober 2022 pula telah dikeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama.

Menurut amaran itu, di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan, dijangka kelajuan angin akan berada antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter.

Ia dijangka akan berlaku dalam tempoh 18 sehingga 20 Oktober 2022 ini.

Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi MET Malaysia dalam talian 1-300-22-1638.


(Foto FB Met Malaysia)

Media Baharu