fb fb fb fb fb

Ukhwah parti perlu diperkukuh, fokus menjelang PRU ke-15 - PM

BAGAN DATUK, 17 Oktober- Tiada sebarang masalah atau berlaku perpecahan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seperti dakwaan sesetengah pihak.

Perdana Menteri yang mengesahkan perkara itu berkata hal tersebut lebih kepada misi pihak-pihak tertentu untuk memecah belahkan hubungan baik antara mereka menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Datuk Seri Ismail yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengambil pendekatan berbincang bagi menghentikan persepsi luar berkaitan fitnah perpecahan antara mereka berdua.

"Kalau kita berpecah, kita pasti akan kecundang di dalam PRU yang akan datang. Oleh yang demikian, kita mesti bersama-sama. Kita mesti memastikan solidariti di dalam UMNO terus diperkukuh. Saya beri jaminan, tiada isu antara saya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi," tegas Ismail ketika berucap melancarkan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks UMNO Bagan Datuk Perak.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/BERNAMA)

Tambahnya, dalam menghadapi PRU 15, setiap ahli parti komponen BN perlu terus bersolidariti bagi mengukuhkan perpaduan agar tidak diserang mana-mana pihak khususnya pembangkang.

Media Baharu