fb fb fb fb fb

Ribut: Lebih 20 rumah di Kubang Pasu terjejas

Salah sebuah rumah yang rosak akibat kejadian ribut awal pagi tadi

KUBANG PASU, 23 Jun- Sebanyak 27 buah rumah di daerah sini, Kedah mengalami kerosakan selepas dilanda hujan lebat berserta ribut, awal pagi tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad, antara kawasan terlibat adalah Kampung Changkat Setul, Kampung Changhai, Kampung Bendang Tokleh, Taman Meranti, dan Kampung Paya Nongmi.

Turut terlibat adalah Kampung Nongka, Kampung Kota, Kampung Bemban dan Kampung Pulau Kechik.

Katanya, kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.30 pagi hingga 3.30 pagi itu turut menyebabkan beberapa rumah rosak teruk.

Halimaton Shaadiah berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat. Turut serta, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

SITI AISHAH MD ISA