KUALA LUMPUR, 21 Julai- Sebanyak 2,000 renjer komuniti ditambah tahun ini bertujuan membendung masalah pemburuan haram.
Sekali gus memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, renjer komuniti itu terdiri daripada veteran polis dan askar, orang asli serta komuniti setempat.
"Tapi dalam habitat dan soal 'prey' (mangsa), usaha berterusan perlu dibuat.. untuk pulihkan sebanyak mungkin koridor kehidupan di kawasan tengah Semenanjung yang jadi tempat harimau merayau," katanya selepas menyempurnakan 'Global Tiger Day 2024 'di sini.
Setakat ini, dianggarkan kurang daripada 150 ekor harimau malaya yang terdapat di habitat liar.