fb fb fb fb fb

Reman lelaki rempuh OKU hingga maut dilanjut hingga isnin

MELAKA, 10 Jun - Perintah reman ke atas lelaki yang terlibat kemalangan mengakibatkan kematian pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, dekat Jasin, Ahad lepas disambung tiga hari lagi. 

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata tempoh reman ke atas lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Ahmad Shakib Ismail selepas menerima permohonan daripada pihaknya hari ini.

"Tempoh lanjut reman adalah dari esok hingga 13 Jun ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 susulan tempoh reman empat hari ke atas lelaki itu sejak Selasa lepas berakhir hari ini.


(Foto fail)

"Kita juga masih menunggu keputusan laporan kimia yang dijangka diperoleh minggu depan dan selepas itu pendakwaan terhadap pemandu terbabit akan dilakukan," katanya ketika dihubungi. 

Kemalangan pada 7.45 pagi itu membabitkan kereta dipandu lelaki berkenaan dengan tiga motosikal.

Lelaki itu yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh motosikal dinaiki Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, menyebabkan kedua-duanya maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Seorang lagi penunggang motosikal Ya’akob Mohamad, 57, turut mengalami cedera ringan.
- BERNAMA

 

Media Baharu