fb fb fb fb fb

Remaja lelaki mati lemas di lombong

Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelam bomba pukul 9.45 malam di dasar kolam sedalam tiga meter.

MUAR, 14 Mac- Seorang remaja lelaki maut akibat lemas di lombong Pari Shafiee, Parit Jawa, di sini pada 4.57 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun sedang bermain air bersama tujuh lagi rakannya.

"Bagaimanapun, dia tiba-tiba tenggelam dan rakan-rakan mangsa cuba membantu namun gagal," katanya.

Asisten Komisioner Raiz berkata mangsa kemudiannya dijumpai pasukan penyelam bomba pukul 9.45 malam di dasar kolam sedalam tiga meter.

Katanya, mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

ZEHRA BINTI ZAMBRI