fb fb fb fb fb

Reformasi industri padi mampu tingkat pengeluaran

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Reformasi industri padi bakal dilaksanakan, sekiranya terdapat peruntukan tambahan pada Belanjawan 2025.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, reformasi ini merupakan langkah penting untuk memperbaiki pengeluaran padi negara ketika ini.

"Reformasi padi ini hal urusan dalaman tapi sebarang belanjawan yang akan dibentangkan lusa kita akan lihat kalau ada peruntukan tambahan atau tidak dalam hal industri padi ini saya yakin ianya ada."

Terdahulu menerusi program Bicara Naratif di TV1, beliau memaklumkan, satu pasukan penguatkuasa akan dibentuk dengan kerjasama pelbagai agensi, antaranya Jabatan Pertanian, dan Lembaga Kemajuan Pertanian.

Ini bertujuan untuk memahami isu pengeluaran padi tempatan, termasuk padi yang bercampur dan faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut.

Datuk Seri Mohamad turut menjelaskan, dalam usaha meningkatkan hasil padi, teknologi baharu dan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi serta institusi penyelidikan akan diperluas.

Terdahulu, Sarawak telah mengumumkan pelan untuk membuka lebih 10,000 hektar tanah baharu untuk penanaman padi dengan peruntukan awal sebanyak RM500 juta.

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberi sokongan penuh kepada inisiatif tersebut.

Trainee