fb fb fb fb fb

Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan merangkumi pelan jangka pendek, sederhana, panjang

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang, lantas perlu dilaksanakan merentasi kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu diputuskan sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan pada Kementerian Ekonomi hari ini.

"Mesyuarat juga telah diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia.

"Natijahnya, penyelarasan dasar Kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting, termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara", katanya menerusi hantaran di Facebook.

ROSLINA BINTI DIN