fb fb fb fb fb

Rancang tambah Tanah Perkuburan Bersepadu di Padang Tembak, Kluang

(Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid)

ISKANDAR PUTERI, 19 Julai - Tanah Perkuburan Bersepadu dilihat dapat mewujudkan pengurusan perkuburan lebih sistematik di Johor, selain susun atur tersusun dan mudah diakses kepada orang ramai.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tanah perkuburan bersepadu telah dilaksanakan di Pasir Gudang, Johor Bahru, dan sedang merancang untuk diadakan di Padang Tembak, Kluang.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta pengurusan dan jabatan terlibat.

Mohd Fared turut memberi jaminan, tidak akan timbul isu kekurangan tanah perkuburan dalam negeri kerana jabatan terlibat sentiasa mengambil maklum mengenai kapasiti semasa, tanah perkuburan dalam negeri.

"Sebahagian tempat itu akan penuh, dan sebelum penuh dan mencapai jumlah maksimum, pihak jabatan telahpun kenal pasti jadi jangan risau, mana-mana orang kampung atau kawasan yang tengok macam sudah cukup tanah kubur, jangan risaulah, setiap daerah, kadi telah kenal pasti, dan telah dibawa ke pengetahuan tabung pengurusan tanah perkuburan orang Islam,"kata Mohd Fared, di sini.

Kerajaan Negeri juga akan melakukan pengambilalihan tanah serta membeli tanah bagi menampung kapasiti tanah perkuburan, sekiranya berkeperluan.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu