fb fb fb fb fb

Ganjaran 10% kepada pemberi maklumat barangan lari cukai

PORT DICKSON, 19 Julai - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memberi imbuhan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah penyeludupan
khususnya rokok, minuman keras, kenderaan termasuk aktiviti sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, imbuhan atau ganjaran tertentu akan diberikan jika maklumat yang disalurkan membawa kepada kejayaan penangkapan individu atau sindiket tertentu.

"Orang ramai yang memberikan maklumat yang tepat sehingga tertangkapnya barang-barang lari cukai contoh ringkasannya rokok, minuman keras, kenderaan, orang-orang yang memberi maklumat tepat maka mereka akan diberi 10 peratus daripada nilai rampasan jika nilai rampasan itu RM1 juta maka mereka akan diberi pemberi maklumat yang tepat itu merek akan diberi RM100,000, saya dengan ini mengumumkan perkara yang tidak pernah diumumkan ini supaya lebuh ramai rakyat di luar sana menghubungi kastam jika melihat perkara-perkara yang disyaki," kata Ahmad Maslan, di sini.

Tambahnya, maklum balas orang awam dalam menyalurkan maklumat dapat membantu usaha membanteras kegiatan penyeludupan di negara ini.

(Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita pada Program Khidmat Bakti Masyarakat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan, di Taman Rakyat, di sini)


Media Baharu