PUTRAJAYA, 27 Disember- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Malam Simfoni Kasih 2023.
Turut berangkat ke majlis sama anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira 8.40 malam, disambut Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad di Hotel Marriot, Putrajaya.
Sejurus tiba, Tunku Azizah berkenan melawat pameran fabrik, produk kraf dan produk air tangan Tengku Ampuan Pahang.