fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor berkenan lancar perkhidmatan bas elektrik percuma MBPJ

Tengku Amir Shah berkenan menaiki bas elektrik tersebut dan dibawa ke beberapa lokasi sekitar bandaraya

PETALING JAYA, 20 Jun- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan perkhidmatan bas elektrik percuma Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Majlis sempena program Gagasan Rumpun Selangor daerah Petaling itu mempamerkan dua bas elektrik terbaharu sebagai projek perintis ke arah menjadikan Petaling Jaya bandaraya bebas karbon menjelang 2030.

Tengku Amir Shah turut berkenan menaiki bas elektrik tersebut dan dibawa ke beberapa lokasi sekitar bandaraya. 

Baginda juga berkenan melancarkan  projek perintis Hentian Bas Mesra Kanak-Kanak di Sekolah Menengah Assunta. 

Projek di kawasan sekolah sekitar Petaling Jaya merupakan antara tindakan yang telah dirancang di bawah Bidang Fokus 1 : Tinggal, Bermain dan Belajar Dalam Perancangan Bandar. 

Ia  bagi menyediakan ruang menunggu yang lebih seronok, selesa dan selamat melalui penyediaan pelbagai aktiviti dan permainan. 

Sebanyak 22 buah Hentian Bas di kawasan sekolah akan dinaiktaraf supaya lebih mesra kanak-kanak menjelang tahun 2030.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE