fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis arah SOP hadapi bencana dipertingkat

Foto RTM

ARAU, 1 Disember- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar prosedur operasi standard (SOP) menghadapi bencana seperti banjir, hujan lebat dan angin kencang, diperkemas.

Ini bagi memastikan pengurusan bencana yang lebih sistematik dan berkesan.

SOP tersebut perlu melibatkan pemimpin akar umbi seperti jawatankuasa masjid, JPKKP, MPKK dan kawasan rukun tetangga untuk memperkukuhkan pengurusan komuniti semasa bencana.

Selain itu, perlindungan harta benda seperti rumah, dokumen penting dan barangan berharga juga perlu diberi perhatian bagi mengurangkan risiko kerugian.

"Semua pihak harus serius mengambil tindakan berdasarkan amaran awal yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan.

Rakyat pula diingatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa terutama apabila diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga," titah baginda ketika meninjau kawasan terjejas banjir di Kampung Behor Mempelam dan Kampung Banat di Arau.

Pengurusan bencana yang cekap melalui SOP yang diperkemas mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan impak bencana pada masa hadapan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM