fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah zahir simpati terhadap rakyat terjejas Banjir

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Salehuddin / Foto RTM

JITRA, 29 November – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, menzahirkan rasa simpati terhadap rakyat yang terjejas akibat banjir di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Baginda menyeru semua pihak untuk berganding bahu dan mengamalkan semangat kebersamaan dalam membantu mangsa bencana.

“Beta harap masyarakat yang terjejas banjir dibantu sebaik mungkin. Apa sahaja sumbangan yang boleh diberikan, kita beri. Semua anggota beruniform dan penduduk kampung yang ingin membantu amat dialu-alukan,” titah baginda.

Raja Muda bertitah demikian kepada pemberita selepas berangkat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Hosba, di sini.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN