KUALA LUMPUR, 2 April - Ketaqwaan kepada Allah SWT bukan sahaja untuk mereka yang membantu, malah mereka yang menerima bantuan juga meraih ketaqwaan yang tersendiri ketika Ramadan, kata Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada pemandu, pesara pemandu yang bekerja dalam sektor kerajaan dan asnaf B40 di Putrajaya.
"Sebenarnya bukan lapar dan dahaga sahaja yang disyariatkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadan yang mulia ini tetapi adalah bagaimana kita semua peluang untuk merebut ketaqwaan ini seperti yang saya baca ayat saling bantu membantu bukanlah bermakna yang membantu saja.
"... semuanya ada bahagian masing-masing yang memberi mendapat kebaikan yang tersendiri, yang menerima juga ada kebaikannya yang tersendiri," katanya pada masjlis itu malam tadi.
Terdahulu, seramai 200 orang penerima mendapat sumbangan bakul makanan hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Pemandu dan Pesara Pemandu Kerajaan Malaysia (PKPPPM), JAKIM dan MAIWP.