fb fb fb fb fb

Putrajaya FOI perlu jadi acara tahunan, cipta pemikiran baharu - PM

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 28 November- Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) seharusnya menjadi acara tahunan kerana berjaya mencipta pemikiran baharu, daya cipta dan kreativiti dalam kalangan mahasiswa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata elemen idea amat penting dalam pembangunan negara, selari dengan kerangka besar Malaysia MADANI.

Beliau berkata, kemampanan kesemua elemen tidak membawa sebarang makna sekiranya tidak diasaskan dengan keyakinan kepada agama, erti kehidupan, kemanusiaan dan nilai luhur.

"Semuanya memberi manfaat, jadi festival ini adalah festival yang boleh menyemarakkan pemikiran baharu, daya cipta, kreativiti, serta daya kritikal, terutamanya dalam kalangan anak muda," katanya pada Majlis Peluncuran Putrajaya FOI di sini.

Festival selama tiga hari sehingga esok yang julung kali diadakan itu mampu mengajak generasi muda dan masyarakat untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam pelbagai bidang.

Ia turut menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pengunjung, selain menghimpunkan lebih 80 pemimpin, pakar pelbagai bidang, ahli akademik dan industri dalam satu pentas forum.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM