MANAMA, 20 Februari-Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Salman Bin Hamad Al Khalifa bersetuju untuk hadir ke 2nd ASEAN - GCC Summit dan ASEAN - GCC+ China Summit, Mei ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Perdana Menteri selepas sesi pertemuan beliau bersama rakan sejawatnya itu di Manama, Bahrain.
"Perdana Menteri Bahrain memaklumkan kepada saya berkemungkinan besar, dia akan ke Kuala Lumpur Mei depan untuk menghadiri ASEAN GCC.
"Jadi GCC keseluruhannya itu merupakan satu kawasan yang penting bagi Malaysia dan ASEAN", katanya demikian di sini.