fb fb fb fb fb

Pusat Perubatan UM kumpul dana perubatan pesakit kanser B40

(Majlis perasmian kempen "Pink October 2022" dan "MH-BIFROST RUN 2022")

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Pencegahan awal kanser payudara mampu mengurangkan risiko penyakit sekali gus mempercepat pemulihan penyakit, menurut Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Mohammad Salleh Yahya.

Beliau berkata disebabkan kos rawatan yang tinggi, golongan yang terjejas kemungkinan tidak dapat menerima rawatan penyakit kanser yang sesuai.

Bersempena dengan "Pink October 2022", Breast Cancer Resource Centre of University Malaya Medical Centre (BCRC, UMMC) diwujudkan bagi mengumpul dana perubatan khususnya bagi pesakit kanser golongan B40 sekali gus meningkatkan kesedaran pencegahan awal kanser payudara.

(Dr. Mohammad Salleh ditemui selepas majlis perasmian kempen "Pink October 2022" dan
"MH-BIFROST RUN 2022")

"Kita juga menggalakkan staf kita pakai baju berwarna merah jambu sepanjang bulan Oktober untuk kita memperingati, meningkatkan kesedaran. Apa yang kita mampu buat kalau kita tak berjaya memberi sumber kewangan ke, tenaga ke, paling tidak kita boleh memakai warna merah jambu bagi menimbulkan kesedaran," kata Mohammad Salleh selepas majlis perasmian kempen "Pink October 2022" dan "MH-BIFROST RUN 2022" di sini.

Tambahnya, BCRC-UMMC dengan kerjasama Kolej Kediaman Kedua bakal mengadakan pameran selama seminggu bermula 29 Oktober.

Media Baharu