MELAKA, 22 Oktober - Pulau Undan yang diwartakan sebagai Taman Laut Melaka pada April lalu berpotensi melonjakkan kehadiran pelancong ke negeri itu menjelang Tahun Melawat Melaka, (TMM2024).
Keunikan terumbu karang di perairan pulau itu yang dianggap antara terbaik di rantau ini dijangka dapat meiningkatkan kedatangan pelancong dalam dan luar negara tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka (MPPM), Azhar Yaacob berkata Pulau Undan menjadi Taman Laut Negara kedua diwartakan kerajaan selepas Pulau Payar di Kedah bagi Pantai Barat Semenanjung.
"Menanam batu karang atau pun beraktiviti di Pulau Undan akan diteruskan dan lebih ramai lagi pengunjung akan mengenali Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka sebagai taman laut negeri Melaka yang kita akan uar-uarkan supaya lebih ramai berkunjung ke Melaka pada tahun 2024.
"Pelbagai aktviti kita tawarkan aktiviti menyelam untuk melihat batu karang yang sangat istimewa walaupun misi kita kurang tetapi tetapi kita dia besar berbanding tempat lain dan ia
sangat eksklusif," kata Azhar, di sini selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dan Promosi Taman Laut Pulau Undan.
(Pulau Undan)
Menurut Azhar, sejak diwartakan enam bulan lalu taman laut berkenaan telah menerima lebih 1,200 pengunjung dengan pelbagai aktiviti termasuk snorkeling kepada pengunjung yang berminat meneroka dasar laut.
Tarikan lain termasuklah kewujudan monumen bersejarah rumah api berusia yang 143 tahun.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Perikanan negeri, Nawar Abd Karim berkata terdapat lebih 260 spesies biodiversiti marin ditemui di sekitar Pulau Undan termasuk spesies yang tidak ditemui di 42 pulau lain yang diwartakan sebagai taman laut di seluruh negara.
"Keunikan Taman Laut Melaka ini spesiesnya berbeza daripada pulau-pulau yang lain sebab saya katakan sebab kita dah buat kajian menunjukkan terumbu karang di perairan Taman Laut Melaka ini lebih besar, sebab kita Selat Melaka kan kita lihat warna-warni dia punya keunikannya saiz terumbu karang yang besar yang belum terusik sebab sebelum ini pun ramai yang tidak tahu Melaka sebenarnya ada pulau yang mempunyai terumbu karang yang tercantik sebab di Melaka ini kita gezetkan sebagai tapak taman laut negara lah," kata Nawar, di sini.
Tambahnya, sebanyak 25 pengendali bot pelancong berdaftar dilantik untuk membawa pengunjung ke Taman Laut Melaka meliputi Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol.