(Fahmi bergambar bersama para pelajar Malaysia di London sebelum menghadiri Minggu
Teknologi London (LTW)/BERNAMA)
LONDON, 12 Jun- Pelajar Malaysia di luar negara disaran kembali ke tanah air dan menyumbang khidmat bakti sebaik tamat pengajian, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Sekiranya berhasrat untuk bekerja di luar negara, mereka diingatkan supaya dapat turut berbakti kepada Malaysia menerusi bidang diceburi.
"Jika anda memilih untuk bekerja di sini, belajar dan bekerjalah sungguh-sungguh. Satu hari nanti bawa pulang ilmu dan pengalaman yang ditimba. Bantu pertumbuhan Malaysia," kata Fahmi berucap pada majlis makan tengah hari bersama kumpulan pelajar Malaysia di sini.
(Fahmi bergambar bersama para pelajar Malaysia di London sebelum menghadiri Minggu
Teknologi London (LTW)/BERNAMA)
Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke LTW yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
LTW adalah acara terkemuka global yang mengumpulkan usahawan, pelabur serta peneraju industri pelbagai dari seluruh dunia untuk berbincang, bekerjasama dan meneroka arah aliran inovasi termasuk peluang terkini dalam sektor teknologi dan digital.