SEKINCHAN, 18 Julai -Kerajaan Perpaduan bersetuju mengekalkan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar selangor sekiranya gabungan PH-BN menang dalam PRN DUN ke-15,
bulan depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu berdasarkan prestasi cemerlangnya selama mentadbir kerajaan Selangor.
“Kita mencadangkan Amirudin kekal sebagai Menteri Besar kerana pertumbuhan ekonomi negeri baik.
“Suku tahun pertama menunjukkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus di Selangor paling tinggi berbanding China dan Singapura tidak termasuk Aramco, Tesla dan Geely.
“Sebab apa pelaburan masuk ke negara ini? Ini kerana politik kita stabil dan menarik pelabur untuk mengembangkan pelaburan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor, hari ini.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bertekad bagi mencapai kemenangan dalam PRU DUN Ke-15 depan.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas cadangan tersebut.
"Oleh hal demikian, parti harus bekerja keras bagi merealisasikan kemenangan melalui kerjasama dari pimpinan parti dalam kerajaan Perpaduan", katanya yang ditemui selepas Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekincan
Amirudin merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak.
( Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak,
Datuk Seri Amirudin Shari)