fb fb fb fb fb

Geely setuju labur RM40 bilion

(FOTO RTM)

SEKINCHAN, 18 Julai - Syarikat Geely bersetuju meneruskan projek pembangunan Kota Automobil di Tanjung Malim, Perak dengan suntikan dana berjumlah RM40 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu oleh dimaklumkan syarikat berkenaan, semalam.

Suntikan dana itu diyakini mampu meningkatkan ekonomi negara sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

"Geely  menulis kepada saya bagi meneruskan projek dan menjadikan Tanjong Malim sebagai Kota Auto mobil terbesar di rantau ini.

"Projek tersebut akan Bermula dengan dana RM10 bilion. bagi menaikkan semula ekonomi. Ribuan anak tempatan bakal mendapat peluang pekerjaan",katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan, syarikat Aramco turut menyuarakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan minyak dan gas Arab Saudi terbesar di Asia Tenggara.

(Perdana Menteri, Anwar Ibrahim / FOTO FAIL BERNAMA)





Media Baharu