fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor, lebih 15 nama calon Pemuda BN dicadangkan

JOHOR BAHRU, 14 Februari- Pemuda Barisan Nasional (BN) telah memberi lebih 15 nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dicadangkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor.

Ketua Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, calon terdiri daripada golongan berkelayakan, berketrampilan, serta pencapaian akademik dan gerak kerja masyarakat yang baik.

UMNO dan BN juga diharap dapat menampilkan calon baharu dan daripada golongan muda, yang mampu menabur khidmat bakti terbaik kepada rakyat.

"Pencapaian akademik baik, dari segi gerak kerja dengan masyarakat, bukan hanya bermula sekarang, tetapi mereka sudah pun dikenali dengan masyarakat," beliau berkata demikian selepas melancarkan khidmat penghantaran percuma Pickids di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi memaklumkan, parti itu kini dalam fasa terakhir dalam memuktamadkan manifesto menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri.

Media Baharu