KUCHING, 28 September- Projek takungan banjir Batu Kawa dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2026
Timbalan Premier, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata projek pembinaan kolam kering itu telah berjalan sejak enam bulan lepas dan kini sedang mengikut jadual.
" Hanya digunakan tiga dan empat kali setahun tapi kita akan gunakan kolam kering sebagai gelanggang bola sepak dan sebagainya, ia merupakan konsep baru, "katanya.
Projek yang menelan kos hampir RM20 juta membabitkan kawasan seluas 4.04 hektar itu akan berperanan menyedut lebihan hujan lebat sebagai pencegah banjir.
Ia merupakan komponen projek pengindahan Batu Kawa yang menelan kos lebih RM200 juta selain pembinaan benteng sungai Batu Kawa.
Datuk Dr. Sim memberitahu perkara itu selepas merasmikan Hari Cuci Malaysia Program Pembersihan Mega di Batu Kawa hari ini.