fb fb fb fb fb

Projek rintis pelaksanaan e-Invois, lebih 90 syarikat pelbagai industri terlibat

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Lebih 90 syarikat pelbagai industri terlibat dalam projek rintis pelaksanaan e-Invois.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia bertujuan menguji keberkesanan sistem dan memastikan sistem integrasi syarikat berjalan lancar.

"Kerajaan dan industri sama-sama mengenal pasti isu teknikal dan menambah baik sistem e-Invois dengan mengambil kira semua aspek yang diperlukan dari semasa ke semasa," katanya pada Persidangan Dewan Negara, di sini.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata sebanyak 5,000 syarikat dijangka akan melaksanakan e-Invois, hari ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri turut menjangkakan sebanyak 21-juta e-Onvois akan dikeluarkan oleh syarikat pada setiap hari.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN