KUANTAN, 9 Disember - Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kenau, di Sungai Lembing, Kuantan dijangka siap pada 27 November tahun hadapan, sekali gus mampu mengekang kejadian banjir besar yang sering melanda kawasan berkenaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kajian reka bentuk dan kerja berkaitan telah bermula sejak 28 November 2023 dan siap pada 4 Julai lalu, sebelum pembinaan projek dimulakan pada 5 Julai.
“Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kenau ni telah dilaksanakan secara kontrak iaitu reka dan bina dan telahpun bermula pada 28 November 2023. Insya-Allah ia dijangka siap pada 27 November 2026. Status kemajuan terkini projek ini adalah 16.84% berbanding jadual 16.33 % iaitu awal empat hari," katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini.
Tambah beliau, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah awal sementara tebatan banjir berkenaan disiapkan.
Antaranya, termasuk kerja-kerja mendalam, mengorek dan mengepam Sungai Kenau supaya air dapat mengalir dengan lancar.
Pada masa sama, kerja-kerja pemeliharaan sungai dan pemuliharaan struktur tebing di alur sungai turut dilaksana