fb fb fb fb fb

Projek perumahan swasta terbengkalai akan dikaji

IPOH, 28 Januari- Semua projek perumahan swasta yang terbengkalai atau 'sakit' di negara iniĀ akan dikaji secara terperinci dalam usaha untuk memulihkan projek tersebut bagi melindungi hak para pembeli rumah.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan meneliti dan memantau lebih 500 projek seumpama itu.

Kementerian juga dalam proses mengenal pasti masalah sebenar projek perumahan berkenaan sebelum membinanya semula.

Ini dengan melantik kontraktor yang berupaya melaksanakan projek tersebut.

"Pasukan khas tersebut telah pun mewujudkan 'war room' untuk memantau projek-projek sakit dan terbengkalai.

"Kami akan mengambil langkah dan inisiatif untuk memastikan projek yang sakit itu kita akan cuba selamatkan.

"Ini bagi memastikan kebajikan dan hak pembeli rumah dijamin dan dijaga," katanya.

(Nga Kor Ming)

Beliau bercakap dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Kunci Kepada 10 pembeli Kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Residensi Kepayang, di sini hari ini.

Tambah Nga, KPKT berada di landasan yang betul untuk menyiapkan hampir 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 100 hari.

Sementara itu, Residensi Kepayang Ipoh yang terdiri daripada 252 unit apartmen merupakan salah satu projek sakit yang berjaya disiapkan.

Ia dilengkapi fasiliti seperti dewan serbaguna, tadika, surau, taska dan taman permainan.

Media Baharu