Projek naik taraf beberapa lapangan terbang di Sabah

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah/Foto BERNAMA 

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kerajaan melaksanakan beberapa projek naik taraf lapangan terbang di Sabah bernilai ratusan juta ringgit bagi meningkatkan kapasiti penumpang serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan penerbangan negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau bernilai RM120.9 juta untuk tingkatkan kapasiti daripada 1.5 juta ke 2.5 juta penumpang setahun; siap dijangka September 2028.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dirancang dinaik taraf dengan peruntukan lebih RM400 juta bagi meningkatkan kemudahan dan kapasiti.
  • Lapangan Terbang Lahad Datu dirancang dinaik taraf menggunakan dana Airport Development Fund; keputusan dimuktamadkan suku ketiga tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau bernilai RM120.9 juta sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti daripada 1.5 juta kepada 2.5 juta penumpang setahun.

Jelasnya, projek itu telah bermula pada Ogos 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2028.

“Sekarang ini kajian sedang dibuat supaya penambahan penerbangan ke lapangan terbang lain selain daripada tumpuan di Kota Kinabalu,”

“Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu turut dirancang untuk dinaik taraf dengan peruntukan lebih RM400 juta bagi meningkatkan kemudahan serta kapasitinya,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Datuk Edward Linggu Bukut.

Tambahnya, Lapangan Terbang Lahad Datu jugadirancang untuk dinaik taraf menggunakan dana Airport Development Fund dan akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini.