fb fb fb fb fb

Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar, syarikat dilantik perlu patuhi syarat

(FOTO FAIL)

IPOH, 21 Jun - Syarikat swasta yang dilantik untuk melaksanakan cadangan projek membina jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar bagi mengurangkan kemalangan maut berhampiran Terowong Menora perlu mematuhi syarat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata syarat yang ditetapkan termasuk antaranya kajian alam sekitar, impak sosial dan trafik.

(Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Secara prinsip, Kabinet telah meluluskan projek berkenaan namun apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat dicadangkan perlu mematuhi semua syarat terdahulu yang diletakkan oleh LLM dan juga kerajaan," katanya selepas menghadiri perasmian Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia 2022, di sini.

Tambah Fadillah, projek membina jalan pintas yang mengmabil masa selama dua tahun untuk disiapkan itu akan dimuktamadkan apabila semua kajian selesai dilaksana dan dibentang kepada kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan negeri dan Persekutuan sudah pun memberikan kelulusan terhadap pembinaan jalan baharu dengan jarak sejauh 64 kilometer.

Media Baharu