fb fb fb fb fb

Program Ziarah Kasih manfaat lebih 600 keluarga di Perlis

FOTO RTM

BESERI, 22 Oktober - Lebih 600 keluarga dari Parlimen Padang Besar menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan sejak Januari lalu hingga kini.

Usaha berterusan berkenaan memberi tumpuan kepada pesakit terlantar, warga emas yang uzur, ahli keluarga terlibat kemalangan, bencana alam terutamanya ribut dan banjir serta pendidikan anak-anak asnaf.
 
Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais berkata, dengan sokongan padu daripada pemimpin setempat terutamanya 122 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) usaha menjejaki mereka yang memerlukan bantuan lebih mudah dengan kunjungan dari rumah ke rumah.
 
Program itu dilaksanakan secara berkala dan platform penting untuk beramah mesra bagi mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain selain mendapatkan maklumat terkini keadaan mereka yang memerlukan bantuan.
 
"Kalau masih yang tak dapat lagi, kami bagi jalanlah. Kami bagi laluan ataupun pemudahcara untuk mereka yang layak mendapat bantuan. Jadi selama dalam setahun ini, ada lebih kurang 10 individu yang kami telah membantu yang dapat bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu bantuan bulanan.

"Ada setengah itu daripada dapat 300 dan sekarang dah dipernaik dapat 5,00 dan dapat 600 sebulan iaitu meliputi mereka sakit terlantar dan untuk mengurus orang sakit pun ada juga bantuan daripada pihak JKM," kata Ruzaini Rais.
 
Beliau bercakap kepada media ketika menziarahi lima orang penduduk yang berdepan masalah kesihatan di sekitar Beseri.
 
Bagi memastikan kebajikan mereka yang menerima bantuan terus terbela, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berikutan ada sesetengah mereka yang diziarahi memerlukan bantuan berterusan.

TETITIA YUSOFF