fb fb fb fb fb

Program Ziarah BELACare selami kesusahan masyarakat setempat

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Dato Dr Fathul Bari menziarahi dan menyantuni penduduk di cawangan Indera Kayangan menerusi program Ziarah BELACare.

KANGAR, 3 Januari- Hampir 500 keluarga disantuni menerusi pelaksanaan program Ziarah BELACare sepanjang 2023 di kawasan Parlimen Kangar.

Ia melibatkan kesemua lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kayang, Bintong, Indera Kayangan, Sena dan Guar Sanji.

Program adalah usaha pemimpin setempat mendekati masyarakat bagi menyelami kesusahan yang mereka hadapi serta mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, pelaksanaan program adalah secara mingguan dengan menyantuni keluarga asnaf, sakit kronik dan ditimpa bencana  akibat bencana alam atau kemalangan serta berkaitan bidang pendidikan.

"Setiap keluarga yang disantuni dapat meluahkan masalah dihadapi dan pihaknya akan merujuk kepada agensi berkaitan sekiranya keluarga terlibat memerlukan bantuan," katanya.

Ujar Dr Fathul menerusi BELACare juga, mereka yang disantuni menerima bantuan berupa bakul makanan, wang tunai dan sumbangan lain berdasarkan keperluan termasuk kerusi roda.

ZEHRA BINTI ZAMBRI