fb fb fb fb fb

Program Wanita Dinamik diperkenal

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah memperkenalkan Program Wanita Dinamik sebagai penambahbaikkan kepada program Wanita Bangkit@KPWKM- MyKasih Kapital.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad, kementerian juga mengambil inisiatif dan merangka perancangan jangka masa panjang agar peserta Program Wanita Dinamik itu dapat dibantu dalam perniagaan yang diceburi.

"Sejak dilaksanakan sejak 2021 -2023 program wanita bangkit ini telah memberi manfaat kepada 18,664, seluruh satu Malaysia ini bagi kaum wanita dan penambahbaikan kita sedang buat dari masa ke masa.

"Dalam melaksanakan program ini sudah semestinya ada pemantauan daripada skuad pemantauan dan para sukarelawan yang dipilih oleh panel YKN ini dah untuk tahun 2023, 70% masih meneruskan perniagaan untuk jana pendapatan ekonomi keluarga, 30% tidak dapat terus faktor dapat pekerjaan lain, ada yang tidak sihat, ada yang jaga keluarga sakit atau tumpu pada keluarga," kata Noraini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris di Dewan Negara.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2021 program itu menyediakan bengkel bimbingan, latihan dan sokongan kepada wanita yang berusaha untuk mengubah kehidupan juga demi kelangsungan hidup mereka.

TETITIA YUSOFF