KUALA LUMPUR, 26 Mac - Amalan penanaman padi menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan di Sabah akan bermula Julai depan.
Smart SBB Ala Sekinchan itu akan dilaksanakan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud dengan keluasan tanaman sebanyak 27.81 hektar.
Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup bekata, program tersebut akan menggunakan varieti Tuaran Rice (TR8) yang diterajui Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
'Sektor padi dan beras merupakan sektor yang penting khusunya soal keterjaminan makanan. Kita dari persekutaun sentiasa bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan industri padi berkembang dan membolehkan para pesawah dapat pendapatan yang lebih lumayan," kata Arthur menjawab pertanyaan yang di kemukan wakil Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, di Parlimen.
Beliau yakin pelaksanaan Program SMART SBB Ala Sekinchan di Sabah akan dapat membantu meningkatkan hasil padi bagi menampung permintaan pasaran tempatan.