Program SDH bakal diperluas

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

SEBERANG JAYA, 12 Mac – Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) bakal diperluas di beberapa fasiliti perubatan di Perak dan Putrajaya dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Fadhlina Sidek menegaskan KPM komited menangani isu keciciran di kalangan pelajar yang mendapatkan rawatan hospital.
  • KPM perlu memastikan fasiliti dan ruang pembelajaran kondusif serta tenaga pengajar mencukupi untuk sokong pembelajaran pelajar sakit.
  • Program SDH Hospital Seberang Jaya mula beroperasi 5 Ogos 2024; kini 20 program di 12 negeri manfaatkan 454,246 murid.

Inisiatif itu merupakan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menangani isu masalah keciciran dalam kalangan pelajar yang mendapatkan rawatan di hospital.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM perlu memastikan fasiliti dan ruang pembelajaran yang disediakan kondusif dan selesa dengan tenaga pengajar mencukupi.

“Ini sangat penting dalam konteks memastikan isu-isu terkait rapat dengan keciciran dapat kita atasi,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH), di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Program SDH, Hospital Seberang Jaya merupakan yang pertama di Pulau Pinang dan telah memulakan pengoperasian sejak 5 Ogos 2024.

Sehingga kini, terdapat 20 Program SDH di 12 negeri seluruh negara yang memanfaatkan 454,246 murid.