fb fb fb fb fb

Program Nasi Rendang Kopi O erat hubungan antara penduduk

Foto RTM

KANGAR, 10 Februari - UMNO Bahagian Kangar melancarkan Program Nasi Rendang Kopi O bertujuan menyatupadukan masyarakat serta mengeratkan hubungan dalam kehidupan bermasyarakat.

Program tersebut  dilaksanakan di kesemua 18 kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi DUN Sena pada setiap hujung minggu dengan kehadiran setiap program antara 100 hingga 250 orang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, usaha pelaksanaan program bersama komuniti itu dilihat sebagai keprihatinan kepimpinan UMNO Bahagian Kangar selain medium menyalurkan maklumat berkaitan inisiatif dilaksanakan kerajaan.

"Program NRKO ini merupakan kali kelima dilaksanakan di DUN Sena.

"Insya-Allah, kita akan kembangkan ke DUN-DUN lain. Tulang belakang program ini ialah penyelaras DUN Sena dan Wanita UMNO Bahagian Kangar yang bersama-sama menggerakkan program bagi memastikan pelaksanaan program mencapai kejayaan", katanya yang ditemui pada Program Nasi Rendang Kopi O bersama lebih 100 penduduk Kampung Salang, di sini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 30 program utama bersama komuniti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini termasuklah Ziarah Kasih, Mai Derma Darah, Kelas Mengaji, Program Buboq Kangar dan Singgah Zahur.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD